Page 83 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 83

darjah  ketersampaian  antara  tempat  menjadi  rendah  dan  menyukarkan  kemajuan  kawasan

               pertumbuhan ini.


               Selain itu kekurangan modal juga  telah menjejaskan banyak projek yang telah dipersetujui
               sebelumnya.  Segala  perancangan        di    bawah  pelan  pembangunan  di  kawasan  segi  tiga

               pertumbuhan  ini  akan  tergendala  dan  seterusnya  merencatkan  pembangunan  kawasan

               berkenaan.


               Masalah teknologi turut menjadi penghalang kemajuan pakatan segitiga pertumbuhan ASEAN.
               Kebanyakan negara anggota mempunyai keupayaan teknologi dan kepakaran yang rendah.

               Keadaan ini menimbulkan kesukaran untuk  melaksanakan projek secara besar-besaran dan

               terpaksa mengimport teknologi dari luar untuk mengatasi masalah tersebut.


               Masalah politik dalaman turut menyumbang kepada pakatan segitiga pertumbuhan ASEAN.
               Masalah  politik  khususnya  berkait  dengan  tuntutan  bertindih  antara  negara.  Sesetengah

               kawasan yang dituntut adalah terletak di dalam kawasan segitiga pertumbuhan. Contohnya
               masalah tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura serta masalah  ancaman

               pengganas Filipina di Lahad Datu Sabah.


               Masalah seterusnya ialah saiz pasaran. Saiz penduduk yang kecil menyebabkan kuasa beli

               penduduk menjadi rendah dan saiz pasaran menjadi terhad. Kebanyakkan pasaran di ASEAN
               agak kecil disebabkan jumlah penduduk  yang agak kurang di kebanyakkan negara-negara

               anggota ASEAN kecuali Indonesia.


               Masalah terakhir dalam pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN ialah perbezaan taraf ekonomi

               antara negara anggota. Negara yang berpendapatan tinggi seperti Singapura mempunyai kuasa
               beli yang lebih tinggi berbanding negara-negara jirannya disebabkan nilai matawang mereka

               yang  lebih  tinggi.  Negara  anggota  yang  berpendapatan  rendah  tidak  mampu  menyaingi

               perkembangan ekonomi  negara yang kaya menyebabkan pakatan segitiga pertumbuhan ini
               kurang berjaya dan menghadapi masalah.








                                                                                                       83
   78   79   80   81   82   83   84   85   86