Page 85 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 85

Malaysia juga sentiasa berkongsi sumber seperti bekalan air mentah kepada negara Singapura
               dan berkongsi bahan mentah berasaskan getah kepada kebanyakan industri automobil di negara

               anggota.



                   (b)  Bincangkan enam kepentingan kerjasama serantau dalam menangani masalah
                          jerebu antara sempadan.                                                       [13]

               Rangka Jawapan
                     i.   Perlindungan sumber semulajadi - dapat melindungi sumber hutan dan hidupan
                          liar secara bersama untuk kesejahteraan generasi akan datang.
                     ii.   Menjimatkan kos pengawalan jerebu - kos dapat dikurangkan kerana ditanggung
                          secara bersama
                    iii.   Pembangunan teknologi secara bersama - negara terbabit membangunkan
                          teknologi mengawal jerebu secara bersama
                    iv.   Pemeliharaan dan pemuliharaan - bekerjasama dalam pemeliharaan dan
                          pemuliharaan alam sekitar.
                     v.   Bantuan peralatan - negara yang mempunyai peralatan seperti kapal terbang untuk
                          pembenihan awan akan membantu negara anggota lain.
                    vi.   Perkongsian kepakaran - negara yang mempunyai tenaga pakar seperti pasukan
                          SMART akan membantu negara anggota lain.
                   vii.   Kawalan sempadan secara bersama - kerjasama serantau akan mengeratkan lagi
                          kerjasama antara negara melalui pemantauan pembakaran di kawasan sempadan
                          secara bersama.
                   viii.      - Kesimpulan


               Cadangan Jawapan


               Kerjasama serantau dalam menangani masalah jerebu antara sempadan memberikan banyak

               kepentingan kepada negara anggota yang terbabit.


               Antaranya perlindungan sumber semulajadi di negara yang dilanda jerebu berjaya melindungi
               sumber  hutan  dan  hidupan  liar  secara  bersama  untuk  kesejahteraan  generasi  akan  datang.

               Kerjasama  dalam  pengawalan  jerebu  secara  tidak  langsung  membawa  kepada  penjagaan

               kawasan hutan daripada terbakar.  Penjagaan sumber hutan juga dapat mengekalkan sumber
               hidupan liar untuk diwarisi generasi akan datang.







                                                                                                       85
   80   81   82   83   84   85   86