Page 81 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 81
vi. Kuasa beli penduduk lebih tinggi. - berpendapatan sederhana/ tinggi - Kuasa beli
mereka adalah tinggi. Nilai mata wang (Dollar Singapura) juga adalah tinggi.
vii. Keupayaan modal yang banyak. - pelabur swasta dari Singapura, China, Kuwait.
Brunei dll negara kaya - potensi keuntungan yang tinggi -modal yang banyak
menjamin kepesatan pembangunan sektor perindustrian dan perkhidmatan ~
pelancongan. pendidikan, kesihatan dsb
viii. Keupayaan teknologi yang lebih tinggi- diterajui oleh Singapura dan Johor .
Industri berteknologi tinggi (Hi-TECH) - di Singapura- teknologi pelabuhan dan
perkapalan dsb.
ix. -Kesimpulan
Cadangan Jawapan
Kelebihan Segitiga Pertumbuhan Indonesia- Malaysia – Singapura (IMS-GT) yang pertama
adalah lokasinya yang hampir dengan Singapura (negara yang lebih maju). Kesannya limpahan
pembangunan di Singapura telah melimpah ke kawasan seperti Wilayah Pembangunan
Iskandar di Malaysia dan pulau Batam di Indonesia berlaku dengan lebih cepat.
Kelebihan kedua ialah jaminan keselamatan yang tinggi. Di kawasan lMS-GT lebih stabil
daripada segi politik, aman dan tidak berlaku tuntutan autonomi wilayah seperti mana di IMT-
GT (Selatan Thailand) dan EAGA-BlMP (Selatan Filipina). Keadaan ini mewujudkan iklim
pelaburan yang sihat untuk meyakinkan para pelabur menanam modal tanpa risiko
keselamatan.
Seterusnya IMS-GT menjadi tumpuan kerajaan negara-negara berkenaan. lMS-GT menjadi
fokus ke tiga-tiga kerajaan untuk mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi serantau yang baru
berasaskan sektor tertier/ kutub pertumbuhan selatan .
Kelebihan keempat ialah galakan dan insentif yang telah diberikan oleh ketiga-tiga negara
kepada pelabur dari dalam dan luar untuk menanam modal seperti pemberian insentif
percukaian, ekuiti yang lebih besar, bebas cukai dan sebagainya.
Selain itu, kawasan IMS-GT telah sedia maju dengan ekonomi moden. Sektor ekonomi moden
khususnya perindustrian dan perkhidmatan sudah bertapak kukuh di kawasan IMS-GT
khususnya di Singapura dan Johor Baharu. IMS-GT juga memiliki kemudahan asas yang sudah
lengkap/ ketersampaian tinggi.
81

