Page 51 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 51

Cadangan Jawapan

                         Pertumbuhan penduduk yang pesat  boleh membawa kesan positif atau negatif

               terhadap sesebuah negara.  Antaranya ialah sumber tenaga buruh, meluaskan pasaran
               domestik, mengoptimumkan penerokaan sumber alam, menguatkan pertahanan negara,

               masalah  setinggan dan   kemiskinan serta kemunduran.


                       Antara kesan positif pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sesebuah negara

               ialah sumber tenaga  buruh.  Penduduk ialah aset dalam pembangunan negara. Oleh itu,

               penduduk yang  banyak dapat dijadikan  sumber tenaga buruh dalam sektor perindustrian,
               pembinaan, pertanian, perlombongan dan sebagainya.


                        Selain itu, pertumbuhan penduduk yang pesat juga dapat meluaskan pasaran

               domestik. Mislanya  negara China mempunyai jumlah penduduk 1.3 bilion mempunyai kuasa
               pasaran yang paling  besar di rantau Asia Pasifik.  Dijangka dapat meningkatkan dominasi

               ekonomi rantau Asia pada abad ke-21.


                        Pertumbuha penduduk yang pesat juga dapat mengoptimumkan penerokaan sumber

               alam.   Pertumbuhan penduduk yang pesat  berupaya menerokai sumber alam  sepenuhnya
               terutama negara yang kurang penduduk . Oleh itu, ekonomi dapat ditingkatkan kerana sumber

               alam  dapat diterokai sepenuhnya.


                        Seterusnya, pertumbuhan penduduk yang pesat juga dapat menguatkan pertahanan

               negara. Penduduk ramai dapat diserap ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan
               negara.  Contohnya Indonesia, penduduk 250 juta orang  mempunyai  jumlah angkatan

               tentera terkuat dalam kalangan negara membangun di rantau ASEAN.


                     Namun begitu, pertumbuhan penduduk yang pesat  juga membawa kesan negatif seperti

               masalah setinggan.  Misalnya kesesakan dan masalah setinggan di bandar-bandar besar
               seperti Manila & Jakarta disebabkan pertumbuhan penduduk yang pesat di kawasan

               berkenaan.
                     Pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah negara juga membawa kesan kemiskinan

               dan kemunduran kerana persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad.  Oleh itu,

               masalah pengangguran dan kemiskinan akan tinggi di negara berkenaan.


                                                                                                       51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56