Page 47 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 47

(b)     Bincangkan enam kesan pertumbuhan penduduk terhadap sumber alam.            [13]

               Rangka Jawapan
               b1 Pembangunan sumber alam
               b2 Kemerosotan kesuburan tanah
               b3 Tekanan terhadap sumber
               b4 Kepupusan sumber
               b5 Pencemaran sumber air
               b6 Bekalan sumber makanan berkurangan
               bx – kesimpulan


               Cadangan Jawapan

               Penduduk yang semakin ramai menyediakan banyak tenaga buruh untuk memajukan sumber

               alam terutamanya sumber tanih untuk dijadikan kawasan pertanian, petempatan dan kawasan
               peridustrian. Pembaziran sumber dapat dikurangkan.



               Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan aktiviti pertanian dijalankan secara giat bagi
               memenuhi  keperluan  sumber  makanan  yang  semakin  meningkat.    Ini  menyebabkan  tanah

               diguna secara optimum  dan penggunaan baja kimia secara intensif.   Kesannya tanah akan
               mengalami kemerosotan kesuburan dan kerosakan dari segi imbangan nutrien.


               Penduduk yang ramai dan bertumpu di sesuatu kawasan sahaja seperti di kawasan bandar akan

               menyebabkan persaingan guna tanah untuk aktiviti perindustrian,petempatan dan perniagaan

               menyebabkan harga tanah melambung tinggi.


               Penyahutanan yang dilakukan untuk pembangunan petempatan dan pembukaan bandar-bandar

               baru menyebabkan spesies flora dan fauna diancm kepupusan kerana fauna kehilangan habitat.
               Contohnya tapir, badak sumatera, tenggiling.


               Hakisan dan aliran lumpur mengalir ke dalam sistem saliran menyebabkan sungai menjadi

               keruh. Manakala pembuangan sisa kumbahan oleh setinggan yang tinggal berhampiran dengan
               sungai menyebabkan air sungai tercemar.



               Keluasan tanah pertanian menjadi semakin sempit kerana tanah pertanian ditebusguna untuk
               membina  petempatan,  kilang  dan  premis  perniagaan  menyebabkan  pengeluaran  sumber

               makanan berkurang. Akibatnya harga bahan makanan menjadi mahal.



                                                                                                       47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52