Page 49 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 49

Kesimpulan: penegasan : 1

               Cadangan Jawapan


                       Kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan dari segi kemudahan fizikal seperti
               hospital dan klinik  memang mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk sesebuah negara.

               Hal ini disebabkan prasarana kesihatan yang baik seperti hospital dan klinik yang mencukupi

               serta sistem perubatan yang cekap dapat membantu mengurangkan kadar kematian.


                       Kemajuan teknologi dan kesihatan dari segi ubat-ubatan juga mempengruhi kadar
               pertumbuhan penduduk iaitu penemuan ubat-ubatan dan penyediaan ubat-ubatan percuma

               kepada penduduk dapat mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kadar kelahiran.
               Misalnya penemuan ubatan kuining pada 1970-an berjaya menyelamatkan berjuta-juta

               penduduk Asia dari penyakit malaria.


                       Teknologi dan peralatan juga mempengaruhi kadar pertumbuhan  penduduk iaitu

               peralatan canggih seperti MRI dan CT Scan dapat mengesan penyakit manusia dengan lebih
               berkesan dan dapat merawat seterusnya mengurangkan kadar kamatian.


                       Selain itu, kajian perubatan juga boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk

               kerana penemuan teknik-teknik baru memberikan pilihan dan alternatif kepada pesakit.

               Pesakit mempunyai peluang mendapat rawatan pakar.  Oleh itu  kadar kematian berkurangan


                        Seterusnya ialah kawalan penyakit juga mampu mempengaruhi kadar pertumbuhan

               penduduk.  Misalnya kawalan vektor, program  imunisasi dan kawalan wabak penyakit
               berjangkit dapat meningkatkan penjagaan  kesihatan meningkat dan  mengurangkan kadar

               kematian.


                       Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan penduduk juga dipengaruhi oleh faktor
               amalan perancangan keluarga.  Amalan perancangan keluarga ialah kempen mengurang atau

               mencegah kelahiran seperti pil perancang keluarga, kondom, teknik AUD.  Oleh itu kadar

               kelahiran akan menurun.







                                                                                                       49
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54