Page 46 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 46

17.  (a) Jelaskan enam sebab berlakunya penurunan kadar pertumbuhan penduduk di negara-
                           negara  Asia Tenggara pada masa kini.                                              [12]


               Rangka Jawapan

               a1 Kos hidup tinggi
               a2 Usia perkahwinan
               a3 Taraf pendidikan
               a4 Status wanita
               a5 Taraf kesihatan
               a6 Dasar kerajaan


               Cadangan Jawapan

               Perbelanjaan harian yang perlu ditanggung oleh ketua keluarga untuk menampung keperluan

               anak-anak  tinggi  kerana  harga  barang,  pendidikan,  kesihatan  dan  sewa  rumah  yang  mahal
               menyebabkan penduduk menghadkan bilangan kelahiran.

               Trend wanita masa kini yang berkahwin pada usia yng lewat menyebabkan mereka berada
               dalam tempoh kesuburan yang singkat sepanjang perkahwinan menyebabkan maka kelahiran

               berkurang.


               Kebanyakan penduduk Asia Tenggara melalui asas pendidikan menyebabkan mereka lebih

               sedar keperluan untuk merancang keluarga dan lebih memahami kaedah perancang keluarga.
               Hasilnya amalan perangan keluarga berjaya mengurangkan kadar kelahiran.


               Wanita  moden  masa  kini  berpendidikan  tinggi  dan  berkerjaya  menyebabkan  mereka

               mementingkan kerjaya. Dengan ini bilangan kelahiran perlu dikurangkan kerana kekurangan

               masa untuk diluangkan bersama keluarga di samping kos yang tinggi pada masa kini untuk
               menghantar anak ke pusat asuhan.


               Teknologi  perubatan  yang  canggih  pada  masa  kini  menyebabkan  penduduk  mempunyai

               pelbagai pilihan untuk mengelakkan kehamilan seperti penggunaan pil perancang keluarga,

               implan, suntikan hormon, kondom dan IUCD.


               Kerajaan  mengehadkan  bilangan  anak  yang  boleh  dimiliki  oleh  sesbuah  keluarga  seperti
               Singapura menyebabkan rakyat terpaksa memiliki bilangan anak yang sedikit.





                                                                                                       46
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51