Page 64 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 64

Kesimpulannya,  faktor-faktor  yang  mempengaruhi  daya  tampung  sumber  alam  di

               Malaysia adalah seperti kualiti sumber alam semula jadi, kemajuan teknologi yang canggih dan
               moden, tahap pengurusan sumber yang cekap, sistematik dan berhemah,jumlah penduduk dan

               penggunaan sumber tenaga altenatif.




                 (b)   Jelaskan  usaha-usaha  yang  dapat  dijalankan  bagi  mengurangkan  masalah
                       kekurangan bekalan sumber alam pada masa kini.                          [14]


               Rangka Jawapan


                  i.   memperkasakan akta
                 ii.   Penguatkuasaan undang-undang
                iii.   Pemantauan
                 iv.   Pembangunan lestari
                 v.    Pernerokaan sumber secara berhemah
                 vi.   Kempen kesedaran
                vii.   Amalan kitar semula


               Cadangan Jawapan

                       Kerajaan  harus  memperkasakan  akta  bagi  mengurangkan  masalah  kekurangan

               bekalan sumber. Akta seperti Akta Perhutanan Negara 1984 diperkasakan untuk mengawal
               kegiatan pembalakan secara haram di kawasan hutan simpan.


                       Penguatkuasaan  undang-undang  juga  haruslah  dilaksanakan  bagi  mengurangkan

               masalah kekurangan bekalan sumber alam. Denda, kompaun atau penjara haruslah diberikan

               kepada  pembalak  haram  dan  pemaju  perumahan  yang  telah  melanggar  peraturan  dalam
               menjalankan  aktiviti  ekonomi.  Malah  pihak  berkuasa  haruslah  menyita  premis  dan

               membatalkan lesen para pesalah sebagai satu pengajaran kepada mereka.


                       Pemantauan haruslah dijalankan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar

               dan Jabatan Perhilitan. Umpamanya renjer - renjer hutan haruslah meronda di kawasan hutan
               bagi mengelakkan berlakunya pembalakan secara berlebihan atau pembalakan haram.


                       Pembangunan  lestari  yang  mengambil  kira  keperluan  generasi  kini  akan  datang

               haruslah dilaksanakan. Penerokaan sumber alam seharuslah selari dengan  usaha pemeliharaan
               dan pemuliharaan alam sekitar. Penggunaan baja organik dan kaedah hidroponik dalam aktiviti


                                                                                                       64
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69