Page 68 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 68

mencari  peluang  pekerjaan.  Contohnya  pembinaan  kilang  elektronik  yang  memang

               memerlukan tenaga kerja yang ramai.


                       Mengurangkan pencemaran di kawasan bandar khususnya. Pencemaran udara, bunyi di
               kawasan  industri  terutama  di  Shah  Alam  dan  Petaling  Jaya.  Oleh  itu,  bagi  mengurangkan

               pemcemaran  ini  penyerakan  industri  ke  kawasan  luar  bandar  perlu  dilaksanakan  bagi

               menbendung masalah tersebut.
                       Mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar. Ini adalah kerana kawasan bandar telah

               terlalu padat dan sesak dengan pertambahan jumlah penduduk dan kenderaan menyebabkan
               keadaan kawasan bandar mengalami kesesakan jalan raya yang teruk semasa waktu pagi dan

               puncak.  Oleh  itu,  penyerakan  industri  ke  luar  bandar  perlu  dilaksanakan  bagi  mengatasi

               masalah itu.





               25. a) Bincangkan  aspek  saling kebergantungan antara desa dan bandar. (13)


               Rangka Jawapan

                   i.     Tenaga buruh
                   ii.    Pasaran
                   iii.   Bahan mentah
                   iv.    Teknologi

               Cadangan Jawapan


               i. Tenaga buruh - Penduduk desa membekalkan tenaga buruh kepada bandar dengan adanya
               migarsi belia dari desa ke bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan  dan penduduk bandar

               dapat bekalan tenaga buruh dari desa melalui migrasi tersebut.
               ii. Pasaran - Penduduk desa dapat memasarkan hasil pertanian , ternakan dan perikanan  seperti

               sayur, buah-buahan, ikan dan ayam  segar  kepada bandar, penduduk bandar dapat bekalan
               mentah sayur dan buah- buahan dari desa

               iii. Bahan mentah- Penduduk desa membekalkan pelbagai bahan mentah seperti kelapa sawit ,

               getah, sayur- sayuran, buah-buahan  dan padi kepada bandar,  bandar memproses bahan mentah
               dari desa dan dan bandar memasarkan barang siap diproses kepada desa.






                                                                                                       68
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73