Page 67 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 67
rawatan kepada penduduk desa seperti rawatan asas penyakit kronik, darah tinggi, kencing
manis. Hal ini penting bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk desa.
Pendidikan di desa telah mengalami tranformasi yang baik seiring kehendak kerajaan
iaitu mahukan memantapkan pendidikan kebangsaan. Kerajaan telah membina sekolah rendah
dan menengah di desa bagi membentuk masyarakat desa yang berkualiti.
24 (b) Bincangkan mengapa penyerakan kawasan industri perlu dilakukan ke kawasan luar
bandar di Malaysia. (13 Markah)
Rangka Jawapan
i. Meningkatkan kemudahan sosial
ii. Meningkatkan kemudahan infrastuktur
iii. Meningkatkan peluang pekerjaan luar bandar
iv. Mengurangkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar
v. Mengurangkan pencemaran
vi.Mengurangkan kesesakan jalan raya
Cadangan Jawapan
Meningkatkan kemudahan sosial di kawasan desa seperti sekolah, klinik, hospital, pusat
membeli belah dan sebagainya. Kemudahan ini penting bagi pekerja-pekerja kilang di kawasan
luar bandar. Ini sekaligus memajukan kawasan luar bandar sekiranya penyerakan industri
dilaksanakan.
Meningkatkan kemudahan infrastuktur seperti jaringan jalan raya yg baik untuk proses
membawa dan memasarkan barangan kepada pengguna. Selain itu, ia juga telah memajukan
sistem pengangkutan di kawasan luar bandar dan meningkatkan darjah ketersampaian di
kawasan luar bandar tersebut.
Meningkatkan peluang pekerjaan luar bandar dengan mempelbagaikan ekonomi
penduduk dan dapat mengubah corak ekonomi tradisional kepada ekonomi moden dan
seterusnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan penduduk luar bandar.
Mengurangkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar. Pembinaan
kilang-kilang di kawasan luar bandar penduduk tidak perlu lagi berhijrah ke bandar untuk
67

