Page 58 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 58

PERLINDUNGAN



          Perlindungan Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang

          berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu
          badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang

          sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan
          pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih

          panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat
          perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah
          berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya tidak menemui tapak

          perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri.

          Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau
          untuk menutup tempat perlindungan ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan
          duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba di dalam badan.










                                                    ISYARAT


          Isyarat Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk

          meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera,cermin dan wisel boleh

          membantu anda untuk ditemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga
          menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada merebak dan
          merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila terlihat

          kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan
          "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang

          mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap /
          getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk

          membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa
          sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja                    58

          menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk
          memerhati.
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63