Page 64 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 64
KHIDMAT
KESUKARELAWAN
KHIDMAT KOMUNITI
Tujuan Umum
1. Kerja-kerja amal dan sukarelawan kepada masyarakat atau komuniti
2. Memupuk semangat gotong royong dan budaya kesukarelawan di
kalanganbeliau dan generasi baru.
3. Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan pemimpin danmasyarakat
setempat
4. Merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat yang terlibat
kepada masyarakat.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah;
1. Kejiranan
• Perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga baru atau penduduk
dikawasan perumahan, kampung, kampung baru, lading, rumah panjang,
rumahpangsa, rumah orang asli, FELDA dan lain-lain.
2. Perkhidmatan sosial
• Sumbangan kerja sukarela meliputi aspek kesihatan, pendidikan,
kebajikan,perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institute, pertubuhan
kerajaanataupun badan bukan kerajaan.
3. Alam sekitar
• Membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai,
kawasanpertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya.
4. Kemudahan awam
• Kerja sukarela dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan
sepertitaman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman
permainan,tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain.
5. Penempatan di agensi kerajaan 64
• Mendedahkan tentang peranan agensi kerajaan untuk pembangunan negara
danpeluang bagi pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi menjayakan
misiagensi-agensi tersebut.

