Page 61 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 61

PERMAINAN




        •    Permainan adalah salah satu aktiviti Yang seharusnya ada di dalam setiap unit beruniform.



        •    Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menerapkan penguasaan kemahiran, semangat
             kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping memberi elemen keseronokan kepada

             ahli



                                               LAKONAN BISU
        Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerakerja yang perlu dilakukan oleh

        setiap ahli)
        Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah

        membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka
        lakonan yang dipamerkan.





                                            HARTA TERSEMBUNYI
        Ahli PERSATUAN disuruh keluar mencari beberapa objek/benda yang telah

        ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput-rampai, buah-buahan & SEBAGAINYA.
        Pemimpin akan memberi ciri-ciri benda yang perlu dicari.

        Setiap ahli akan mencari benda yang tersembunyi itu mengikut ciri-ciri yang dinyatakan.
        Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang






                                                  IBU AYAM

        Seorang ahli PERSATUAN menjadi “helang” dan pemimpin /ketua patrol menjadi `ibu ayam’. Ahli
        PERSATUAN dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol memilih nama seekor

        burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung yang telah
        dipilih) bergilir-gilir.



        Apabila   anak   burung (patrol itu)   berlari ke arah `ibu ayam’, `helang’ akan cuba
        menangkapnya. `Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan yang ditandakan, patrol-
                                                                                                          61
        patrol burung ditempatkan pada jarak yang sama jauh dari `ibu ayam’.
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66