Page 10 - Panduan -Modul-Pra-Persetiaan-Pandu-Puteri-Remaja
P. 10

(8) Panji-Panji
            (a) Bendera Pandu Puteri Malaysia













               Bendera Pandu Puteri Malaysia dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu
            Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah mahupun sekolah. Ia juga dikibarkan
            di Rumah Pandu Puteri atau Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri.
               Latar belakang keseluruhan bendera ini berwarna biru.
                   Lencana Pandu Puteri Malaysia yang berwarna kuning emas diletakkan
            di tengah-tengahnya. Ia membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-
            kanak di dunia.

               Perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengelilingi lencana tersebut.
            (b) Bendera Dunia











               Bendera Dunia ialah bendera rasmi WAGGGS. Penggunaannya diluluskan
            pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun itu. Pepina dan
            Bendera Dunia yang baru ini diterima pada Mac 1991 selepas Upacara Perasmian
            PAX LODGE.

                   Tiga petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah
            melambangkan tiga bahagian Persetiaan.

                   Bahagian Putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu
            Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan.



        10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15