Page 6 - Panduan -Modul-Pra-Persetiaan-Pandu-Puteri-Remaja
P. 6
Sertakan Gambar-gambar dalam kartun untuk ingat-mengingati
undang-undang.
(3) Cogan Kata
“SELALU SEDIA”
(4) Isyarat Pandu Puteri
ISYARAT PANDU PUTERI digunakan semasa :
(i) seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri
(ii) semasa ahli Pandu Puteri membaharui ikrar.
CARA MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI:
(I) Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia.
(ii) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri
(di sisi) dirapatkan lurus ke badan.
(iii) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25cm
dari telinga kanan.
(iv) Kira masa 1, 2, 3 dan turun 3, 2, 1.
(5) Hormat Pandu Puteri
HORMAT PANDU PUTERI ialah tabik Pandu Puteri
yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti
pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia
juga diberi kepada ketua negara, ketua negeri,
pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara
rasmi.
6

