Page 9 - Panduan -Modul-Pra-Persetiaan-Pandu-Puteri-Remaja
P. 9
(b) Lencana Dunia
Lencana Trefoil Dunia (World Badge) ialah lambang
WAGGGS. Lencana ini hanya boleh digunakan oleh ahli
Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli penuh
yang telah melafazkan ikrar. Di peringkat dunia, Lencana
ini merupakan simbol perpaduan di kalangan Pandu
Puteri sedunia.
Warna emas pada lambang ini membawa maksud sinaran matahari yang
memancar ke atas semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, agama,
kebudayaan dan warna kulit.
Tiga bentuk daun bercabang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri yang
asalnya telah diperkenalkan oleh Lord Baden Powell.
Bentuk segiempat bujur ke atas di tengah-tengah daun adalah jarum kompas
yang menunjuk ke arah utara, iaitu arah yang menjadi matlamat Pandu Puteri.
Manakala dua bintang di sebelah kiri dan kanan menandakan Persetiaan dan
Undang-Undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini.
Ringkasan Maksud Lencana Dunia
Ketiga-tiga kelopak pepina (Trefoil)
melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri.
Simbol Api pada bahagian pangkal
melambangkan api kecintaan terhadap kemanusiaan.
Jalur atau urat menajam ke atas
melambangkan jarum kompas yang sentiasa menjadi pedoman atau
petunjuk ke jalan yang benar dalam kepanduan.
Dua bintang
melambangkan Persetiaan dan Undang-undang yang menjadi
pedoman hidup kita.
Bulatan mengelilingi logo
melambangkan Persatuan Sedunia (WAGGGS)
Warna kuning emas Pepina yang berlatar-belakangkan warna biru
melambangkan sinaran cahaya suria ke atas semua ahli Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri di seluruh Dunia. 9

