Page 8 - Panduan -Modul-Pra-Persetiaan-Pandu-Puteri-Remaja
P. 8
(7) Lambang
(a) Lencana Pandu Puteri Malaysia
Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS – World Association of
Girl Guides and Girl Scouts) pada tahun 1928, semua
negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana
ikrar, sebagai lambang cita-cita Pandu Puteri.
Rekabentuk lencana Pandu Puteri Malaysia mula-
mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Ia dicipta
oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu
Pejabat.
Semasa berkhemah dengan pasukannya, beliau telah memungut sehelai
daun yang jatuh ke tanah. Daun itu menarik perhatian beliau kerana bentuknya.
Berikutan satu perbincangan sesama ahli-ahli kadetnya, mereka telah mencapai
kata putus untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya rekabentuk daun tadi
digunakan sebagai rekabentuk trefoil. Ini meggantikan lencana trefoil Inggeris
yang telah digunakan sebelum tahun 1962.
Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau
cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan
Pandu Puteri di bawahnya.
Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetiaan. Cantuman tiga
daun ini melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini.
Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah-tengah cantuman daun itu bererti
wujudnya perpaduan antara 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di negara
ini. Ini penting kerana Pandu Puteri mementingkan perpaduan setiap ahli
walaupun terdiri daripada bangsa, agama dan budaya berlainan.
Pemimpin akan menyemat lencana ini pada skaf ahli semasa Upacara
Pelantikan yang diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan. Jadi lencana ini juga
dikenali sebagai Lencana Pelantikan.
Ringkasan Maksud
Lencana Pandu Puteri Malaysia:
Trefoil
menunjukkan tiga Persetiaan Pandu
Puteri.
Logo Persatuan Pandu Bintang pecah 14
8 Puteri Malaysia melambangkan 13 buah negeri dan
Wilayah Persekutuan di Malaysia.

