Page 45 - Panduan -Modul-Pra-Persetiaan-Pandu-Puteri-Remaja
P. 45

Peristiwa Penting:


        1900   Baden Powell menubuhkan pasukan polis “South African Constabulary” di
               Afrika Selatan. Beliau menggunakan cara pengakap iaitu latihan
               pengawasan, membuat simpulan, menjejak kesan dan sipat kepeloporan.
        1903   Semasa kembali ke England, beliau terkejut melihat budak-budak
               menubuhkan kumpulan (patrols) berpandukan buku yang beliau tulis untuk
               askar-askar bertajuk “Aids to Scouting”.
        1907   Baden Powell merasakan “Scouting” ada faedahnya untuk budak-budak
               lelaki supaya boleh menjadikan mereka warganegara yang baik. Beliau
               kemudian mengaturkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea.
        1908   Kejayaan perkhemahan ini mendorong beliau untuk menulis buku “Scouting
               For Boys”. Buku ini mendapat sambutan yang luar biasa. Maka tertubuhlah
               Pergerakan Pengakap (“Boy Scouts”).
        1909   Semasa Upacara Perbarisan Pengakap (Rally) di Crystal Palace, London,
               11,000 orang pengakap lelaki menghadirkan diri. Kehadiran beberapa orang
               budak perempuan yang menggelar mereka sendiri “Girl Scouts”
               membimbangkan Baden Powell. Beliau kemudian menyesuaikan latihan
               pengakap dengan latihan yang sesuai dengan budak perempuan, dan
               seterusnya memberi nama “Pandu” (“Guides”) kepada budak perempuan ini.
        1910   Baden Powell meminta adik beliau Agnes Baden Powell untuk menguruskan
               Persatuan Pandu Puteri. Nama “Pandu” (“Guides”) diambil dari nama askar
               di India dan Switzerland yang berani dan “resourceful”. Baden Powell juga
               menerbitkan buku “Girl Guiding” yang menjadi panduan rasmi Pandu Puteri.
        1914   Tunas Puteri (“Brownies”) ditubuhkan.
        1916   Renjer Puteri (“Rangers”) ditubuhkan.
        1918   Isteri Baden Powel – Olave Baden Powell menubuhkan “Imperial Council”
               dan Majlis Antarabangsa (“International Council”) – untuk menjadi alat
               perhubungan dengan Pandu Puteri di Negara lain. Sekarang “Imperial
               Council” dikenali sebagai Persatuan Komanwel manakala Majlis
               Antarabangsa dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri Sedunia..

        1920   Kedua-dua Majlis itu mengatur Persidangan Antarabangsa yang pertama.
               Persidangan Antarabangsa diadakan dua tahun sekali. Lagu “Taps”
               diperkenalkan oleh Pandu Puteri Amerika Syarikat.

        1924   Persidangan Antarabangsa yang ke-3. Pada masa yang sama, Perkhemahan
               Pandu Puteri Sedunia yang pertama diadakan di Foxlease, Hamshire
               (England). Dihadiri oleh 1000 orang Pandu Puteri dari seluruh dunia.
                                                                            45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50