Page 46 - Panduan -Modul-Pra-Persetiaan-Pandu-Puteri-Remaja
P. 46
1926 Persidangan Antarabangsa ke-4 di Camp Edith Mary, Amerika Syarikat.
Dalam persidangan ini, 22 Februari dijadikan Hari Peringatan (“Thinking
Day”) untuk mengenang Pengasas Pengakap dan Pandu Puteri.
1928 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of
Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS) ditubuhkan semasa Persidangan
Antarabangsa ke-5. 28 negara menjadi ahli pada tahun itu. Terdapat
800,000 Pandu Puteri yang didaftar.
* Kelayakan Pertama untuk menjadi ahli ialah Penerimaan prinsip-
prinsip kepercayaan dan undang-undang: prinsip bahasa gerakan
ini terbuka kepada gadis-gadis dan wanita-wanita daripada
semua bangsa, Negara, kaum dan kelas; keahlian secara suka rela
dan tidak berpolitik.
1930 Persidangan Antarabangsa ke-6 di Foxlease, England, “Guide World Flag”
diambil. Olave Baden Powell digelar Ketua Pandu Puteri Sedunia (“ World
Chief Guide”). Dengan penganugerahan ini beliau dikehendaki menolong
Gerakan Pandu Puteri di seluruh dunia dan pada bila-bila masa.
1932 6 tahun selepas 22 Februari dijadikan Hari Peringatan, semasa Persidangan
Antarabangsa ke-7, Tabung Hari Peringatan (”Thinking Day Fund”)
dimulakan untuk menggalakkan konsep kepanduan di seluruh dunia.
dipetik dari Kursus Pemimpin Dan Ketua Pek/Pasukan/Unit Daerah JB 2003
(2) Sejarah Kepanduan Di Malaysia
1917 Kepanduan bermula di Malaysia. Pasukan Pandu Puteri Pertama telah
ditubuhkan Cik Gertrude Ballard di Sekolah Menengah (P) Methodist, Kuala
Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik
Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat
Pandu Puteri di Calcutta, India dan dikelolakan di bawah YWCA.
Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai
Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.
1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang.
Puan A. Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Tadbir.
1920 Pek Brownie pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur.
1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak.
1923 Penubuhan Kadet Pandu Puteri di Pulau Pinang.
46

