Page 47 - Panduan -Modul-Pra-Persetiaan-Pandu-Puteri-Remaja
P. 47
1924 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan.
Ibu Pejabat Pandu Puteri berlokasi di Bangunan Hongkong & Shanghai, KL.
1925 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Melaka. Penubuhan Unit Renjer Puteri
Pulau Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya
1928 Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi
pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya
memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.
1929 Perkhemahan Pandu Puteri Malaya pertama di Port Dickson.
1932 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah.
Kedua-dua pasukan ini adalah yang pertama mengadakan kegiatan dalam
Bahasa Melayu.
Perkhemahan seluruh Malaya diadakan di Melaka.
1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Pandu Puteri Lady Baden
Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.
Ketua Pesuruhjaya Malaya yang pertama Pn P.M. Robinson dilantik.
1938 Ulangtahun Ke-21 Kepanduan di Malaya.
1942- Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala kerana Pemerintahan Jepun.
1945
1946 Kegiatan kepanduan aktif semula.
1947 Puan A. W. Pinnick dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya.
1948- Darurat. Kepanduan diteruskan.
1960
1950 Mula penglibatan peringkat antarabangsa. Perwakilan dihantar ke Jambori
Antarabangsa di Australia (peserta termasuk DYMM Raja Perempuan Perlis).
Jurulatih dari UK diundang.
Cik A. Wilson diganti oleh Cik Mary Bowers.
1953 Majlis Kaunsil bersetuju mengasingkan Kaunsil bagi Malaya dan Singapura.
Unit Renjer Udara pertama ditubuhkan di KL.
1955 Bangunan Ibu Pejabat bari didirikan di KL, dinamakan Agnes Pinnick Hut
untuk mengenang jasa beliau memimpin Pandu Puteri.
Puan R.C. Heath dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru.
1957 DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dirasmikan sebagai
Penaung DiRaja dan Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai Yang
DiPertua.
47

