Page 106 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 106

6.1        Konsep Pemeliharaan dan Pemuliharaan





               Pemeliharaan dan pemuliharaan adalah usaha untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi
               dan hidupan liar. Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar akan diancam kepupusan jika
               usaha pemeliharaan dan pemuliharaan tidak dilaksanakan.

               Pemeliharaan


               Pemeliharaan ialah usaha yang diambil untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
               daripada dimusnahkan atau diancam kepupusan.



                  Langkah-langkah Pemeliharaan Tumbuh-tumbuhan Semula jadi dan Hidupan Liar

                 Hutan Simpan dan Taman Negara
                 Mewartakan hutan simpan dan taman negara melalui penguatkuasaan
                 Akta Perhutanan Negara 1984. Hutan ini diwujudkan untuk perlindungan
                 sumber hutan, hutan lipur dan hutan penyelidikan dan pembangunan.
                 Contohnya seperti Hutan Simpan Kekal Berkelah di Kuantan, Hutan
                 Simpan Kekal Tanjung Tuan di Melaka dan Taman Negara Kelantan
                 di Kuala Koh, Gua Musang.

                                                                                 Mewartakan taman negara
                                                                                    dan hutan simpan
                 Pengawalan Aktiviti Pembalakan
                 Mengawal aktiviti pembalakan melalui kawalan pengeluaran lesen pembalakan dan pemantauan
                 pembalakan haram. Usaha ini dapat memelihara sumber hutan daripada mengalami kepupusan.







                                           Kempen Kesedaran Alam Sekitar
                                           Mengadakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar
                                           kepada masyarakat melalui media massa dan institusi pendidikan.
                                           Tujuannya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap
                                           kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

                Mengadakan Kempen Kesedaran
                        Alam Sekitar

                 Penebangan Terpilih

                 Jabatan Perhutanan memainkan peranan penting mengawasi segala kegiatan pembalakan di kawasan
                 hutan. Pokok-pokok balak yang akan ditebang, disukat ukuran diameternya terlebih dahulu. Hanya
                 pokok matang sahaja yang ditebang iaitu pokok berdiameter melebihi 45 cm. Pokok yang diameter
                 kurang 45 cm dibiarkan tumbuh untuk tempoh 20 hingga 30 tahun lagi.

          98
          98
          9898
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111