Page 107 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 107

BAB 6 : Pemeliharaan dan Pemuliharaan  Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

                 Pemuliharaan

                 Pemuliharaan ialah usaha yang diambil untuk memulihkan kawasan hutan yang telah musnah
                 dan haiwan yang diancam kepupusan.


                   Langkah-langkah Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar


                  Penubuhan Pusat Perlindungan dan Pembiakan Hidupan Liar

                  Mewujudkan pusat perlindungan dan  pembiakan hidupan liar untuk mengelakkan daripada
                  kepupusan hidupan liar di negara Malaysia. Ianya memberikan manfaat optimum kepada
                  manusia dan membawa kesejahteraan kepada generasi masa kini dan akan datang. Contohnya
                  Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), di Kuala Gandah, Pahang dan Pusat Konservasi
                  Hidupan Liar di Sungkai, Perak.

                  Penghutanan Semula

                  Melibatkan aktiviti penanaman semula hutan yang telah ditebang dengan spesies-spesies pokok
                  berharga, bermutu tinggi dan cepat tumbuh seperti batai, sentang dan kelempayan (neolamarckia
                  cadamba). Penghutanan semula perlu dilakukan bagi mengelakkan kepupusan spesies hutan.


                  Pusat Rehabilitasi
                  Mendirikan pusat rehabilitasi hidupan liar bagi membolehkan hidupan liar yang hampir pupus
                  membiak dalam habitat semula jadi seperti Pusat Rehabilitasi Orang Utan di Sepilok, Sabah.


                  Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
                  Penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh agensi kerajaan seperti Pusat Penyelidikan Perhutanan
                  Malaysia (FRIM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan
                  Perhutanan dan Universiti Putra Malaysia. Agensi ini bekerjasama menjalankan penyelidikan
                  dan pembangunan (R&D) bagi pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.



                  Ladang Hutan
                  Mewujudkan ladang hutan melalui penanaman spesies-spesies tumbuhan dagangan bagi
                  menjamin bekalan kayu-kayan, herba dan tumbuh-tumbuhan landskap bagi tujuan perlindungan.
                  Spesies seperti getah, acacia mangium, gaharu dan jati ditanam di ladang-ladang hutan.


                                                                              Info
                  Kerjasama Antarabangsa                                      Info
                                                                             Geogra
                  Mewujudkan kerjasama antarabangsa melibatkan kerajaan,
                  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam     Silvikultur merupakan cabang
                  Malaysia (SAM) dengan pertubuhan antarabangsa dalam      perhutanan yang berkaitan dengan
                                                                           sistem pembangunan, pemeliharaan
                  menjayakan usaha pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula     dan penghutanan semula kawasan
                  jadi dan hidupan liar.                                   balak berdasarkan pengetahuan silvik.



                                                                                                          99
                                                                                                          99
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112