Page 111 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 111
BAB 6 : P emelihar aan dan P emulihar aan T umbuh- T umbuhan S emula Jadi dan Hidupan Liar
BAB 6 : Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Pembinaan Empangan di China
Empangan Tiga Gaung (Three Gorges Dam) merupakan salah satu projek empangan hidroelektrik
yang terbesar di China. Pembinaannya bermula pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya pada tahun
2012. Empangan ini meliputi kawasan seluas 1045 kilometer persegi.
Kesan Pembinaan Empangan Tiga Gaung
• Selepas pembinaan empangan, keluasan kawasan
hutan merosot kira-kira 10%.
• Kemusnahan kawasan hutan menyebabkan
kehilangan habitat flora dan fauna.
• Hidupan akuatik terjejas disebabkan perubahan
suhu air dan aliran sungai.
• Ikan lumba-lumba Baijiu (Lipotes vexillifer)
di Sungai Yangtze dikatakan pupus akibat
pembinaan empangan.
• Ikan sturgeon Yangtze juga kini diancam kepupusan.
Empangan Tiga Gaung di Sungai Yangtze, China
Pembinaan Lebuh Raya di Brazil
Lebuh Raya Trans-Amazon merupakan sebuah lebuh raya yang dirancang merentasi kawasan hutan
Amazon di Brazil. Pembinaannya bermula pada tahun 1970 tetapi dihentikan pada tahun 1974
disebabkan bentuk muka bumi yang menyukarkan pembinaannya. Pembinaan sebahagian daripada
lebuh raya tersebut telah mendatangkan kesan yang besar terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi
dan hidupan liar.
Kesan Pembinaan Lebuh Raya di Kawasan Hutan Amazon
• Kemusnahan kawasan hutan yang menjadi habitat tumbuh-tumbuhan semula jadi
dan hidupan liar.
• Penerokaan hutan secara haram meningkat di sepanjang laluan lebuh raya menyebabkan
lebih banyak kawasan hutan musnah.
• Lebuh raya menjadi laluan mudah untuk pemburu haram masuk ke hutan Amazon yang
kaya dengan pelbagai spesies hidupan liar yang berharga.
Info
Info
Geogra
Terdapat kira-kira 390 bilion pokok yang
berbeza yang terdiri daripada 16 000 spesies
di Hutan Hujan Amazon. Hutan Hujan Amazon
meliputi sembilan buah negara, iaitu Brazil,
Ecuador, Venezuela, Surinam, Peru, Colombia,
Bolivia, Guyana dan Guiana Perancis.
(Sumber: worldatlas.com)
103
Sebahagian daripada Lebuh Raya Trans-Amazon
103
10 3

