Page 108 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 108
6.2 Kegiatan Manusia yang Menyebabkan Kepupusan
Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Kegiatan manusia merupakan punca utama kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan
liar di dunia. Antara kegiatan tersebut termasuklah pembalakan, pertanian, pembinaan empangan,
pembinaan lebuh raya, perlombongan dan pemburuan haram.
Pembalakan
• Pembalakan dilakukan untuk mendapatkan kayu balak
seperti cengal, meranti dan keruing.
• Pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kemusnahan
kawasan hutan.
• Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar mengalami
kepupusan disebabkan kehilangan habitat.
Pembalakan
Pertanian
• Penebangan hutan untuk membuka ladang menyebabkan
kemusnahan habitat flora dan fauna contohnya pembukaan
ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah dan kebun sayur-sayuran
hawa sederhana di Cameron Highlands, Pahang.
• Penggunaan baja kimia dan racun serangga mengancam
hidupan akuatik.
• Penerokaan hutan untuk tujuan pertanian dan pembangunan
telah memusnahkan sumber hutan yang berharga seperti kayu
belian dan tualang.
Pertanian
Pembinaan Empangan
• Pembinaan empangan menenggelamkan kawasan hutan dalam
skala yang besar.
• Habitat tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
musnah kerana ditenggelami air.
• Perubahan kualiti air menyebabkan kepupusan beberapa
spesies hidupan akuatik contohnya ikan air tawar seperti kelah
dan tengalan.
• Pembinaan empangan Temenggor di Perak telah menghalang
laluan migrasi tuntung dan ikan air tawar dan seterusnya
mengganggu tabiat pergerakan dan pembiakan. Akibatnya
bilangan ikan air tawar seperti ikan terubuk sungai Pembinaan empangan
di Sungai Perak semakin berkurangan.
100
10 0

