Page 128 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 128
7.1 Sumber Tenaga Tidak Boleh Baharu dan Sumber Tenaga
Boleh Baharu
Terdapat pelbagai sumber tenaga di dunia. Sumber-sumber tenaga yang terdapat di dunia boleh
dibahagikan kepada dua iaitu sumber tenaga tidak boleh baharu dan sumber tenaga boleh baharu.
Sumber Tenaga Tidak Boleh Baharu
Sumber tenaga tidak boleh baharu merupakan tenaga yang tidak boleh ditambah, digantikan atau
diperbaharu. Sumber tenaga ini terhad dan akan kehabisan pada masa akan datang. Sumber tenaga
ini terdiri daripada bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu.
Tenaga Bahan Api Fosil
Tenaga Petroleum dan Gas Asli
• Petroleum dan gas asli merupakan bahan bakar yang terbentuk
daripada fosil hidupan laut yang mengalami tekanan
dan haba yang tinggi di dalam kerak bumi.
• Terdiri daripada sebatian hidrokarbon yang terhasil melalui
proses semula jadi kira-kira 100 juta tahun dahulu.
• Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga
untuk menggerakkan kenderaan.
• Petroleum juga digunakan sebagai bahan bakar
untuk jana kuasa elektrik, pelincir dan industri petrokimia.
• Gas asli digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik,
bahan bakar kenderaan (NGV), gas memasak di dapur
dan penghasilan baja.
• Antara negara pengeluar utama bahan api fosil Pelantar cari gali petroleum
dan gas asli
ialah Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Rusia.
Tenaga Arang Batu
• Arang batu terbentuk melalui proses semula jadi dari pelbagai jenis
tumbuhan yang mereput dan terkumpul di dalam kerak bumi lebih
dari ratusan juta tahun.
• Arang batu mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen
dan sulfur merupakan sejenis batu mendapan yang
mudah terbakar.
• Arang batu merupakan sumber utama bagi penjanaan tenaga
elektrik di dunia.
• Arang batu juga digunakan sebagai bahan api dalam industri
melebur besi dan keluli.
• Pengeluar utama arang batu dunia ialah China, Amerika Syarikat
Arang batu dan Australia.
0
12 0
12
120

