Page 131 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 131

BAB 7 : Sumber Tenaga


                                                       Tenaga Geoterma
                                                       • Tenaga geoterma ialah tenaga yang wujud dalam bentuk
                                                        haba di bawah permukaan bumi.
                                                       •  Stesen penjana elektrik geoterma biasanya dibina
                                                         di negara yang mempunyai geiser yang memancutkan
                                                        wap dari bahagian dalam bumi, contohnya di Iceland
                                                        dan New Zealand.
                                                       •  Tekanan tinggi wap digunakan untuk memutarkan
                                                        turbin bagi menjana tenaga elektrik.
                        Stesen jana kuasa geoterma

                       Kod QR

                  Geiser ialah semburan wap dan air panas daripada mata air secara berkala dari celah-celah atau
                  retakan lapisan batuan di kawasan letusan gunung berapi. Mata air tersebut berasal dari lapisan kerak
                  bumi yang panas dengan suhu tinggi melebihi 60°C dan semburannya boleh mencapai ketinggian
                  sehingga 10 meter. Contoh geiser di Cisolok Jawa barat, Yellowstone National Park, Amerika Syarikat.



                  (Sumber: https://eravisi.com/geo/tg5/ms123-1/)

                 Tenaga Hidrogen
                 • Hidrogen merupakan gas yang sangat ringan dan mudah terbakar.
                 • Hidrogen wujud secara bebas dan juga sebagai sebahagian daripada air,
                  bahan galian dan bahan organik. Hidrogen dibebaskan semula
                  melalui elektrolisis air dan melalui pemprosesan petroleum.
                 • Hidrogen digunakan dalam industri pemprosesan bahan api fosil
                   seperti petroleum yang membekalkan tenaga elektrik untuk kenderaan
                   dan bangunan.
                 • Hidrogen juga digunakan dalam industri kimia bagi penghasilan ammonia
                  seperti baja.                                                       Tangki simpanan hidrogen
                 • Amerika Syarikat, Australia, China, Jepun dan Denmark merupakan negara utama yang bergerak
                  ke arah penggunaan tenaga hidrogen sebagai tenaga masa depan.

                       Kod QR

                  Layari laman web berikut untuk mengetahui bagaimana hidrogen boleh digunakan sebagai
                  sumber tenaga boleh baharu.
                  (Sumber: https://eravisi.com/geo/tg5/ms123-2/)

                    Aktiviti 7.1

                 Tajuk:   Sumber Tenaga
                 Objektif: Mengkategorikan sumber tenaga tidak boleh baharu dan sumber tenaga boleh baharu.
                 Alatan:   Tablet / komputer riba / cromebook / telefon pintar
                 Langkah-langkah:
                 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                 2. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan video berkaitan dengan sumber tenaga tidak boleh
                   baharu dan sumber tenaga boleh baharu.
                 3. Hasilkan video ringkas berdasarkan maklumat yang dikumpul.
                 4. Buat pembentangan dan tayangan video di dalam kelas.
                 5. Guru membuat penilaian.                                                              123
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136