Page 130 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 130
Tenaga Ombak
• Ombak ialah gelombang permukaan air
yang terhasil daripada tiupan angin
di laut, sungai atau tasik.
• Arus ombak yang berterusan
dan tidak terhad menjadikannya sesuai
untuk penjanaan tenaga elektrik.
• Antara negara yang menjana
tenaga elektrik menggunakan tenaga
ombak ialah Australia, Amerika Syarikat,
Korea Selatan dan Perancis. Kaedah turbin bawah air dalam
penjanaan tenaga ombak
Alat mengukur ombak
Tenaga Pasang Surut
• Pasang surut ialah naik dan turunnya paras air laut akibat kesan
putaran bumi dan tarikan graviti bulan.
• Tenaga pasang surut adalah satu bentuk tenaga hidro yang
menukarkan tenaga yang diperoleh dari pasang surut air laut
menjadi bentuk tenaga yang berguna, terutamanya elektrik.
• Pembinaan empangan di kawasan muara sungai dan teluk
akan menghasilkan arus yang kuat bagi menggerakkan turbin
bagi penjanaan tenaga elektrik.
• Antara negara utama yang menjana tenaga pasang surut ialah
China, Korea Utara, Perancis, United Kingdom dan Scotland.
Turbin tenaga pasang surut
Tenaga Biojisim
• Tenaga biojisim ialah tenaga yang berasal daripada sisa tumbuhan
dan sisa pertanian seperti tandan kelapa sawit, jerami padi,
tempurung kelapa, sisa sampah dan najis haiwan.
• Biojisim boleh ditukarkan kepada tiga bahan yang boleh
menghasilkan tenaga iaitu gas (syngas), cecair (biofuel) dan pepejal
(black carbon).
• Gas metana digunakan untuk menjana tenaga elektrik dalam enjin
dan gas untuk dapur memasak.
• Tenaga yang dihasilkan oleh biojisim dapat menjana elektrik
dan menjadi tenaga alternatif kepada petroleum dan gas asli. Loji jana kuasa biojisim
• Tenaga biojisim banyak dihasilkan di Brazil, Amerika Syarikat, India,
Nigeria, Kanada, Thailand dan Filipina.
122
12 2

