Page 129 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 129
BAB 7 : Sumber Tenaga
Sumber Tenaga Boleh Baharu
Sumber tenaga boleh baharu merupakan tenaga yang boleh ditambah atau diperbaharui selepas
digunakan. Sumber tenaga ini termasuklah tenaga suria, angin, hidro, geoterma, biojisim, ombak,
pasang surut, hidrogen dan nuklear.
Tenaga Suria
• Cahaya matahari boleh ditukarkan menjadi
tenaga suria untuk menghasilkan tenaga elektrik.
• Tenaga suria ditukarkan kepada tenaga elektrik
dengan dua cara, iaitu menggunakan panel suria
dan loji pengumpulan tenaga suria.
• Jepun, Taiwan, China dan Malaysia adalah
antara negara utama penjana tenaga suria.
Penjanaan tenaga suria
Tenaga Angin
• Tenaga angin menghasilkan tenaga kinetik yang boleh
ditukar kepada tenaga elektrik.
• Pergerakan bilah kipas daripada kincir angin dapat
menukarkan tenaga angin kepada tenaga kinetik yang
digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
• Tenaga angin juga digunakan oleh petani untuk
mengepam air dari perigi dan mengisar gandum
atau jagung.
• Pusat penjanaan tenaga angin terbesar dunia
ialah China, Amerika Syarikat, India dan Belanda. Kincir angin
Tenaga Hidro
• Tenaga hidro diperoleh daripada aliran air yang
digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
• Air sungai diempang dan disalurkan melalui
terowong janaan untuk memutarkan turbin
di stesen jana kuasa hidroelektrik.
• Stesen jana kuasa hidro banyak terdapat di Malaysia
dan China kerana menerima jumlah hujan yang tinggi
Empangan hidroelektrik dan mempunyai banyak sungai beraliran deras.
Kod QR
Layari laman web berikut untuk mengetahui tentang tenaga nuklear
dalam penjanaaan tenaga elektrik.
(Sumber: https://eravisi.com/geo/tg5/ms121/)
121

