Page 158 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 158
9.1 Jenis Kegiatan Ekonomi Utama
Kegiatan ekonomi merujuk kepada sebarang kegiatan manusia yang mendatangkan nilai ekonomi
dan pendapatan. Kegiatan ekonomi terbahagi kepada tiga iaitu kegiatan ekonomi primer, sekunder
dan tertier.
Kegiatan Ekonomi Primer
• Melibatkan aktiviti pengeluaran bahan mentah.
• Contohnya pertanian dan penternakan, perlombongan, perikanan
serta pembalakan.
Kegiatan Ekonomi Sekunder
Jenis Kegiatan • Melibatkan aktiviti memproses bahan mentah menjadi barangan siap
Ekonomi atau barangan separa siap.
Utama • Merujuk kepada sektor perindustrian atau pembuatan.
Kegiatan Ekonomi Tertier
• Melibatkan aktiviti perkhidmatan.
• Contohnya pelancongan, pengangkutan, pendidikan, kewangan
dan telekomunikasi.
Kegiatan Ekonomi Primer
Ekonomi primer merupakan kegiatan ekonomi peringkat
asas yang melibatkan proses menyediakan atau
mengeluarkan bahan mentah secara langsung daripada
alam semula jadi tanpa pengubahsuaian bentuk asal.
Contohnya buah kelapa sawit dipetik dan dipasarkan terus
kepada pengusaha kilang (pengguna). Kegiatan ekonomi
primer yang utama ialah pertanian dan penternakan,
perikanan, pembalakan dan perlombongan.
Padi
Pertanian
• Terbahagi kepada dua jenis iaitu pertanian tanaman
makanan dan pertanian tanaman jualan.
• Tanaman makanan ditanam untuk keperluan diri
dan keluarga, manakala yang selebihnya dijual.
• Contoh tanaman makanan ialah padi dan gandum.
• Tanaman jualan diusahakan untuk dijual atau dieksport.
• Contoh tanaman jualan ialah kelapa sawit, getah dan koko.
Kelapa sawit
150

