Page 160 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 160

Kegiatan Ekonomi Sekunder

               Kegiatan ekonomi sekunder terdiri daripada industri
               pemprosesan dan pembuatan. Terdapat dua jenis industri
               iaitu industri berasaskan sumber dan industri bukan
               berasaskan sumber.
               Industri Berasaskan Sumber

               • Menggunakan bahan mentah yang dihasilkan
                 daripada kegiatan ekonomi primer
                 seperti kelapa sawit, getah, bijih timah dan petroleum.
               • Industri pemprosesan menghasilkan barangan
                 separa siap seperti minyak kelapa sawit dan getah keping.
               • Industri pembuatan menghasilkan barangan siap
                 seperti sabun, tayar dan sarung tangan.                         Kilang kelapa sawit


                     Kod QR
                Kegiatan ekonomi Quaternary atau industri Quaternary merujuk kepada kegiatan ekonomi berasaskan
                intelektual  (soft skill)  dan  kemahiran  yang  merangkumi  perkhidmatan  pentadbiran  kerajaan,  kerja
                statistik, penyelidikan saintifik, pendidikan, keperpustakaan dan teknologi maklumat berasaskan
                kebolehan pengetahuan yang lain. Pembangunan teknologi maklumat masa kini oleh syarikat
                telekomunikasi gergasi seperti Apple, Samsung dan Huawei merupakan satu contoh aktiviti ekonomi
                quaternary. Layari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut.



                (Sumber: https://eravisi.com/geo/tg5/ms152-2/)





                                                                Kod QR

                                                          Layari laman web berikut untuk mengetahui
                                                          produk-produk yang berkaitan petroleum.


                                                          (Sumber: https://eravisi.com/geo/
                                                          tg5/ms152/)


                    Kilang sarung tangan berasaskan getah



               Industri Bukan Berasaskan Sumber
               •  Menghasilkan barangan separa siap
                 seperti kain (tekstil), kertas, komponen
                 elektronik dan komponen kereta.
               •  Contoh industri ini ialah industri elektronik,
                 automatif, tekstil dan industri percetakan.


                                                                           Kilang elektronik
          152
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165