Page 159 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 159
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
BAB 9 : Kegiatan Ekonomi Utama
Perikanan
• Terdapat empat jenis perikanan iaitu perikanan
pinggir pantai, perikanan laut dalam, perikanan
air tawar dan akuakultur.
• Membekalkan sumber protein seperti ikan,
sotong, udang dan ketam.
• Membekalkan bahan mentah untuk industri
pembuatan keropok, budu dan belacan.
Perikanan
Pembalakan
• Membekalkan kayu-kayan untuk kegunaan pasaran
dalam negara dan eksport.
• Membekal bahan mentah bagi sektor perindustrian
seperti industri papan lapis, pembuatan perabot
dan pembinaan kapal.
Pembalakan
Perlombongan
• Dijalankan untuk mendapatkan mineral
dan sumber tenaga.
• Contoh mineral yang dilombong ialah
bijih timah, bijih besi, bauksit dan kuprum.
• Contoh sumber tenaga ialah petroleum,
gas asli dan arang batu.
• Membekalkan sumber bahan mentah
bagi sektor perindustrian seperti industri
petrokimia dan industri pancalogam.
Perlombongan arang batu
Glosari
Glosari
Akuakultur: Penternakan atau pemeliharaan hidupan laut sama ada haiwan mahupun tumbuhan untuk menjadi
makanan manusia seperti ternakan kerang, kepah, udang, ikan dalam sangkar dan dalam kolam.
Pancalogam: Logam yang terbentuk daripada penyebatian dua jenis logam atau lebih. Contohnya barangan
piuter (campuran timah dan plumbum) dan loyang (campuran tembaga dan zink).
151

