Page 161 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 161

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


                                                                                   BAB 9 : Kegiatan Ekonomi Utama

                 Kegiatan Ekonomi Tertier

                 Kegiatan ekonomi tertier adalah kegiatan yang menyediakan perkhidmatan. Kegiatan ekonomi ini
                 terdiri daripada pelbagai subsektor seperti pelancongan, pengangkutan, perdagangan, kewangan
                 dan pendidikan.
                 Pelancongan

                 Kegiatan ekonomi yang bergantung kepada kemasukan pelancong ke destinasi yang menarik untuk
                 mengisi masa lapang, perniagaan, sukan, pendidikan dan mesyuarat. Rajah 9.1 menunjukkan
                 pelbagai jenis pelancongan.

                 Agropelancongan                                  Ekopelancongan
                 -  Aktiviti pelancongan berasaskan pertanian,
                  petempatan nelayan, menyelami kehidupan         - Menikmati keindahan alam semula jadi
                  masyarakat luar bandar seperti aktiviti inap desa   seperti pulau, pantai, tasik, gua, air terjun,
                   di Kg. Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan       hutan dan tanah tinggi seperti Gua Niah


                                                                               Pelancongan kapal
               Pelancongan budaya                                              - Melancong dengan menaiki
               dan warisan                                                      kapal mewah menyusuri
               - Melawat tempat-tempat                                          sungai atau laut sambil
                yang mempunyai keunikan                                         menikmati keindahan pesisir
                budaya dan warisan sejarah                                      pantai dan laut, contohnya
                masyarakat dan negara                                           kapal Star Cruise dan Star Leo
                seperti Bandar Hilir Melaka




                Pelancongan pendidikan                                           Pelancongan kesihatan
                - Menyambung pengajian                                           - Aktiviti pelancongan bagi
                   di kolej dan universiti                                        mendapatkan rawatan
                                                                                  dan penjagaan kesihatan




                Pelancongan sukan
                dan rekreasi
                - Melancong sambil
                 menyaksikan atau mengambil                                   Pelancongan bertema
                 bahagian dalam sukan                                          - Melancong untuk melihat
                 berprestij dan bertaraf                                       acara bertema di Malaysia
                 antarabangsa seperti LIMA                                     yang memaparkan keunikan
                  di Langkawi, Kedah                                           kebudayaan masyarakat
                  dan Le Tour de Langkawi                                      berbilang kaum seperti Tahun
                                                                               Melawat Malaysia, Pesta Gawai
                                                                               dan Citrawarna Malaysia

                    Pelancongan MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran)
                     - Aktiviti melancong yang dilakukan oleh peserta yang menghadiri mesyuarat, persidangan
                      atau pameran peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC),

                     Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
                                            Rajah 9.1: Jenis-jenis pelancongan di Malaysia
                                            Rajah 9.1:
                                                    Jenis-jenis pelancongan di Malaysia
                                                                                                         153
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166