Page 179 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 179

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


                                                                                         egia
                                                                                           tan E
                                                                                               onomi U
                                                                                   BAB 9 : K egia tan E k k onomi U tama
                                                                                   BAB 9 : K
                                                                                   BAB 9 : Kegiatan Ekonomi Utama
                                                                                                    tama
                 Pelaburan Modal
                 Melalui kerjasama ekonomi antarabangsa, pelabur asing boleh melabur di negara lain. Terdapat
                 dua jenis pelaburan modal, iaitu pelaburan ekuiti dan pelaburan langsung asing (FDI).
                 •  Pelaburan ekuiti - pelabur asing memiliki saham dalam syarikat tempatan, contohnya UMW
                   Corporation dan Toyota dalam Perodua dan Geely Holding Group dalam Proton.
                 •  FDI - pelabur asing melabur secara langsung di Malaysia, contohnya pelaburan oleh Tokuyama
                   (Jepun) di Sarawak, Western Digital (Amerika Syarikat) di Pulau Pinang dan Samsung (Korea)
                   di Negeri Sembilan.




















                                              Kilang Western Digital di Pulau Pinang
                                              Kilang Western Digital di Pulau Pinang
                 Pasaran
                 Pasaran barangan dalam kalangan negara di dunia semakin luas melalui kerjasama ekonomi
                 antarabangsa. Negara-negara yang bekerjasama dapat meluaskan pasaran eksport barangan
                 keluaran negara masing-masing. Contohnya Malaysia dapat memasarkan barangan ke negara lain
                 melalui kerjasama dua hala, kerjasama serantau dan kerjasama sedunia.

                                                 ASEAN

                                                 Nilai eksport: RM22.9 bilion (2019)
                                                 Eksport utama: Barangan pembuatan, petroleum mentah



                                                 China

                    Rakan Dagangan               Nilai eksport: RM11.5 bilion (2019)
                     Utama Malaysia              Eksport utama: Barangan pembuatan, minyak kelapa sawit,
                                                 kayu balak, petroleum mentah



                                                 Kesatuan Eropah
                                                 Nilai eksport: RM8.0 bilion (2019)
                                                 Eksport utama: Barangan pembuatan, minyak kelapa sawit,
                                                 kayu bergergaji

                       Rajah 9.6: Pasaran barangan utama Malaysia 2019 (Sumber: Jabatan Perangkaaan Malaysia, Ogos 2019)

                                                                                                         171
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184