Page 180 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 180
Buruh Asing Jadual 9.6: Buruh Asing di Malaysia pada Tahun 2017
Kerjasama antarabangsa memudahkan kemasukan Negara Asal Jumlah (orang)
buruh asing ke sesebuah negara bagi menampung Indonesia 728 870
kekurangan tenaga buruh tempatan dalam pelbagai
sektor. Malaysia mendapat buruh mahir untuk Nepal 405 898
berkhidmat dalam sektor perlombongan, perubatan Myanmar 127 705
dan lain-lain. Sementara itu, ada juga buruh mahir India 114 455
dari Malaysia bekerja di luar negara. Malaysia
turut menerima buruh tidak mahir dari Indonesia, Pakistan 59 281
Bangladesh dan Nepal untuk bekerja dalam sektor Vietnam 29 039
perkilangan, pembinaan dan perladangan. Buruh
dari negara lain juga dibenarkan masuk sebagai (Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia, 2019)
pekerja separa mahir dalam pelbagai bidang di Malaysia.
Bahan Mentah
Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah. Bahan mentah ini berpotensi dieksport ke negara lain
melalui kerjasama ekonomi. Sebaliknya, barangan yang diperlukan oleh Malaysia seperti bijirin,
hasil tenusu dan daging dapat diimport dari negara lain dengan mudah.
Import Info
Info
Geogra
Industri sawit merupakan tunggak
kepada ekonomi Malaysia
dan memainkan peranan penting
membekal sumber makanan
Bijirin dan tenaga kepada populasi global
yang semakin meningkat. Keluaran
Eksport Daging hasil kelapa sawit negara pada
tahun 2018 adalah sebanyak
kira-kira 25 juta tan dengan nilai
eksport sebanyak RM67 494 juta.
(Sumber: Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi)
Hasil tenusu
Minyak kelapa sawit
Aktiviti 9.2
Kayu balak
Tajuk: Mengumpul maklumat berkaitan dengan kepentingan
kerjasama ekonomi antarabangsa.
Objektif: Menghasilkan buku skrap tentang import dan eksport
Malaysia serta kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa.
Langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Petroleum mentah 2. Setiap kumpulan diminta mengumpulkan maklumat yang berkaitan
dengan kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa.
Rajah 9.7: Import dan eksport 3. Hasilkan buku skrap berdasarkan maklumat yang dikumpul.
bahan mentah Malaysia 4. Pamerkan buku skrap yang terbaik di Sudut Geografi dalam
kelas anda.
172

