Page 175 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 175

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


                                                                                   BAB 9 : Kegiatan Ekonomi Utama



                 KDNK (Trilion Dolar AS)                Pendapatan Negara
                                                        • Punca pendapatan negara diperoleh daripada eksport,
                                                         cukai dan keuntungan perniagaan. Kemajuan dalam
                                                         kegiatan ekonomi membolehkan lebih banyak
                                                          barangan dieksport.
                                                        • Keadaan ini meningkatkan pertukaran wang asing.
                                                         Ekonomi Malaysia terus berkembang pada 2017 dengan
                                                         nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga
                                                         semasa mencapai RM1.353 trilion, meningkat
                                                          9.9 peratus daripada RM1.231 trilion pada 2016.

                     AS     China    Jepun   Jerman  India  Negara  • Graf 9.1 menunjukkan perbandingan KDNK lima negara
                (Sumber: World Economic Outlook Database, October 2019)   yang mempunyai pendapatan tertinggi di dunia hasil
                                                         daripada perkembangan kegiatan ekonomi negara terlibat.
                        Graf 9.1: Perbandingan KDNK Lima Negara
                        Berpendapatan Tertinggi Di Dunia
                 Peningkatan Infrastruktur

                 •  Pembangunan kegiatan ekonomi memberi sumbangan
                   kepada peningkatan infrastruktur. Pendapatan tambahan
                   membolehkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan
                   seperti jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang
                   dan telekomunikasi sesebuah negara ditingkatkan.
                   Contohnya perkembangan sektor pelancongan telah
                   menyumbang kepada peningkatan taraf pengangkutan udara
                   di Malaysia dengan pembinaan KLIA dan KLIA2.
                 •  Perniagaan dan perdagangan antarabangsa pula
                   menyumbang kepada peningkatan infrastruktur di pelabuhan
                   seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang
                   di Johor dan Pelabuhan Klang di Selangor.                       Lebuh raya di Malaysia
                 •  Di Perancis Projek Grand Paris Express dibangunkan untuk meningkatkan hubungan luar bandar
                   dengan bandar. Kesatuan Eropah (EU) telah membangunkan Rangkaian Pengangkutan Trans-Eropah
                   (TEN-T)  dan  Connecting Europe Facility (CEF) sebagai pelaburan strategik dalam infrastruktur
                   pengangkutan di Eropah untuk mengukuhkan kegiatan ekonomi.


                                           Pengurangan Import
                                           • Perkembangan sektor ekonomi dapat mengurangkan import barangan
                                            sesebuah negara. Perkembangan dalam sektor pertanian dapat
                                            mengurangkan import barangan makanan. Di Malaysia, kerajaan
                                            menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan pengeluaran padi
                                            bagi mengurangkan import beras dan memajukan industri tenusu
                                            negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk tenusu
                                             dari negara luar.
                                           • Negara lain juga turut mengambil langkah mengurangkan import
                                            dengan meningkatkan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan
                                            (R&D) terutama sektor pertanian dan pembuatan. Singapura
                 Teknologi dalam pertanian  memajukan teknologi dalam rawatan semula air sisa bagi menambah
                                            bekalan air tawar untuk kegunaan domestik dan industri.

                                                                                                         167
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180