Page 176 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 176

Pemindahan Teknologi
               •  Perkembangan kegiatan ekonomi seperti perkilangan dan perlombongan membawa kepada
                 berlakunya pemindahan teknologi. Pemindahan teknologi merujuk kepada pemindahan
                 kemahiran, kepakaran dan teknik dari sebuah negara ke negara lain melalui pembelajaran,
                 pengalaman, latihan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pemindahan teknologi
                 penting untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan.
               •  Pemindahan teknologi dari negara maju ke negara membangun ataupun negara dunia ketiga
                 berlaku melalui kerjasama dengan syarikat asing yang melabur modal di negara berkenaan.
                 Pakar-pakar dalam bidang tertentu, mesin dan alatan moden dibawa masuk untuk memajukan
                 ekonomi sesebuah negara.
               •  Contohnya kerjasama China dengan Malaysia            Kod QR
                 dalam industri automotif melalui Perusahaan Otomobil   Layari laman web berikut untuk
                 Nasional (PROTON).                               mengetahui maklumat tentang
               •  ASEAN Vaccine Project membangunkan vaksin       kepentingan pemindahan teknologi
                 di Singapura.                                    dalam industri.
               •  Kerjasama Malaysia dengan Intel Corporation     (Sumber: https://eravisi.com/geo/
                 dari Amerika dalam bidang elektronik.            tg5/ms168/)


               Pembandaran

               •  Pembandaran merujuk kepada proses perluasan bandar atau perubahan petempatan luar bandar
                 kepada bandar. Kegiatan ekonomi menyebabkan pertambahan penduduk di sesuatu kawasan.
               •  Sektor perindustrian dan perlombongan menggalakkan migrasi masuk kerana wujudnya banyak
                 peluang pekerjaan dan menyumbang kepada perkembangan bandar, contohnya Pasir Gudang, Johor
                 dan Bintulu, Sarawak.
               •  Perkembangan ekonomi dan teknologi yang pesat di Singapura telah menempatkan Singapura
                 di kedudukan pertama bandar bijak dunia berdasarkan Ranking Juniper Research.
                (Sumber: https://berita.mediacorp.sg/) Colombo Port City di Sri Lanka pula berkembang, sebagai
                 bandar kewangan dan perdagangan. Bandar Pelabuhan Sino-Oman, Oman dan
                (Sumber: https://www.weforum.org/agenda/2018/08/smart-cities-forest-city-belmont/)
                 Bandar Ekonomi Raja Abdullah, Arab Saudi adalah contoh bandar perindustrian yang sedang
                 berkembang pesat.
                (Sumber: https://www.weforum.org/agenda/2017/10/saudi-arabia-is-going-to-build
                 -a-500-billion-mega-city).

















                  Kawasan perindustrian di Pasir Gudang, Johor    Bandar pelabuhan Sino-Oman, Oman


          168
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181