Page 186 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 186

10.1      Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar





               Kegiatan ekonomi memberikan pelbagai kesan terhadap alam sekitar terutama kepada tumbuh-tumbuhan
               semula jadi dan hidupan liar.


               Kepupusan

               •  Kegiatan pembalakan, pertanian dan pembinaan
                 menyebabkan pelbagai spesies flora dan fauna
                 mengalami kepupusan.
               •  Penebangan hutan menyebabkan kemusnahan
                 habitat dan sumber makanan hidupan liar.
               •  Pencemaran air akibat pencemaran sisa pepejal
                 dan sisa toksik menyebabkan kepupusan
                 hidupan akuatik.


                                                                 Badak Sumatera telah mengalami kepupusan




                                                     Pencemaran Alam Sekitar
                                                     •  Kegiatan pertanian yang menggunakan baja kimia,
                                                      racun serangga dan pembuangan tinja haiwan
                                                      menyebabkan berlakunya pencemaran air.
                                                     • Kegiatan perindustrian menyebabkan pencemaran air
                                                      berlaku hasil daripada pembuangan sisa toksik terus
                                                       ke dalam sungai.
                                                     •  Pelepasan asap kilang menyebabkan berlakunya
                                                       pencemaran udara.

                          Pencemaran air




               Perubahan Landskap

               •  Perubahan landskap ialah pertukaran pandang darat
                 fizikal sesuatu kawasan daripada persekitaran
                 semula jadi kepada persekitaran baharu akibat
                 aktiviti manusia.
               •  Kawasan hutan menjadi kawasan pertanian,
                 pelancongan dan perindustrian.
               •  Kegiatan melombong bijih timah mewujudkan
                 kawasan tasik bekas lombong, tanih berpasir
                 dan kawasan tandus.
                                                                          Perubahan kawasan hutan

          17 8
          178
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191