Page 189 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 189

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


                                                                            BAB 10 : Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


                 Kesan Kegiatan Industri Pemprosesan dan Pembuatan Terhadap Alam Sekitar

                 Pembinaan Tapak Perindustrian
                 •  Perubahan landskap berlaku apabila kawasan hutan ditebang untuk membina kawasan perindustrian.
                 •  Pembinaan infrastruktur, pengangkutan, telekomunikasi dan bekalan elektrik telah menghasilkan
                  landskap baharu.
                 •  Contohnya pembinaan kawasan perindustrian petrokimia di Kerteh, Terengganu
                   dan Pulau Muara Besar, Brunei Darussalam.


                 Pembebasan Gas dan Habuk Kilang
                 •  Pembebasan gas dan habuk dari kilang
                  menyebabkan pencemaran udara.
                 • Udara dicemari gas berbahaya seperti
                  karbon dioksida dan karbon monoksida.
                 • Pembebasan CFC menipiskan lapisan ozon
                  dan meningkatkan kadar sinaran ultraungu
                  ke bumi.
                 • Kesihatan manusia terjejas disebabkan
                  penyakit seperti kanser kulit, katarak mata
                  dan asma.
                 • Fenomena pulau haba telah menyebabkan
                  peningkatan suhu dan menyebabkan
                  kawasan bandar menjadi lebih panas
                  berbanding kawasan luar bandar.
                 • Hujan asid berlaku disebabkan pencemaran
                  udara oleh gas karbon dioksida, karbon
                  monoksida dan sulfur dioksida.
                                                                             Pembebasan asap kilang

                 Pembuangan Sisa Toksik
                 •  Pembuangan sisa toksik mencemarkan air sungai dan boleh menyebabkan kepupusan
                   hidupan akuatik.
                 •  Pencemaran air menyebabkan gangguan bekalan air domestik dan kesihatan manusia terjejas.





















                                                                  (Sumber: Berita Harian, 2019)
                                      Keratan akhbar tentang pencemaran Sungai Kim Kim di Johor
                                                                                                         181
                                                                                                         18 1
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194