Page 190 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 190
Kesan Kegiatan Perlombongan Terhadap Alam Sekitar
Penerokaan Kawasan Sumber Mineral
• Kerja-kerja perlombongan sumber mineral boleh mengganggu
ekosistem hutan, sungai dan laut.
• Kemusnahan kawasan hutan menyebabkan peningkatan suhu
setempat dan haiwan liar diancam kepupusan.
• Kerosakan cerun bukit akan menyebabkan cerun tidak stabil
dan boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.
• Pencemaran air boleh berlaku akibat aktiviti perlombongan
bauksit dan bijih timah.
• Terumbu karang rosak akibat aktiviti perlombongan petroleum
dan menyebabkan gangguan kepada ekosistem. Aktiviti perlombongan petroleum
• Contohnya perlombongan gas asli di Bintulu, Sarawak
dan perlombongan arang batu di Wilayah Guizhou, China.
Pembinaan Kawasan Industri dan Infrastruktur
• Kegiatan perlombongan telah menyebabkan perkembangan
perindustrian, infrastruktur dan petempatan yang pesat.
• Perubahan landskap berlaku akibat pembinaan kawasan
industri dan infrastruktur.
• Kawasan pantai menjadi kawasan industri petrokimia akibat
perlombongan petroleum dan gas asli.
• Contohnya perlombongan petroleum di Kerteh, Terengganu
Pembukaan kawasan petempatan dan di Texas, Amerika Syarikat.
Sisa Perlombongan
• Pembuangan sisa perlombongan menyebabkan pencemaran air
dan udara.
• Sisa perlombongan bijih timah seperti kelodak masuk
ke sungai dan menyebabkan sungai menjadi keruh.
• Pengkuarian pula membebaskan habuk, debu serta gas sulfur
dioksida dan karbon monoksida yang mencemarkan udara.
• Contohnya perlombongan batu kapur di Tasek, Perak.
Pengangkutan Hasil Perlombongan
• Pencemaran air dan tanah berlaku disebabkan kemalangan Aktiviti pengkuarian
atau tumpahan hasil perlombongan semasa pengangkutan.
• Sebagai contoh, air laut tercemar disebabkan perlanggaran kapal pengangkut minyak di laut.
• Pengangkutan bauksit mengakibatkan berlakunya pencemaran darat dan udara.
• Contohnya perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang.
Tinggalan Lombong
• Kawasan bekas lombong ditinggalkan selepas kehabisan sumber.
• Kawasan tinggalan lombong akan menjadi kawasan tandus yang tidak sesuai untuk aktiviti pertanian.
• Tasik terbentuk di kawasan lombong yang ditinggalkan.
• Contohnya perlombongan bijih timah di Ipoh, Perak.
18 2
182

