Page 188 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 188
10.2 Menghuraikan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap
Alam Sekitar
Antara kegiatan ekonomi yang memberi kesan terhadap alam sekitar ialah kegiatan pertanian,
pembuatan, perlombongan dan pelancongan.
Kesan Kegiatan Pertanian Terhadap Alam Sekitar
Penerokaan Kawasan Hutan
• Pembukaan kawasan pertanian seperti ladang kelapa sawit
memusnahkan habitat flora dan fauna yang
menyebabkan kepupusan pelbagai spesies tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar.
• Pelbagai spesies pokok berharga seperti meranti, keruing
dan seraya semakin berkurangan. Spesies haiwan
seperti harimau, orang utan dan badak sumbu
semakin terancam.
• Keseimbangan ekosistem hutan terganggu kerana
rantaian makanan terjejas.
• Hakisan tanih dan tanah runtuh berlaku kerana
permukaan tanah terdedah dan tiada akar yang dapat Pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian pindah
mencengkam tanah.
• Kegiatan pertanian pindah mengurangkan kesuburan tanih kerana tanih kekurangan nutrien.
• Pembakaran hutan untuk tujuan pertanian menyebabkan jerebu dan pencemaran udara.
• Contohnya pembukaan kawasan pertanian tanah tinggi di Lojing, Kelantan dan kegiatan
pembalakan di Kalimantan, Indonesia telah memusnahkan kawasan hutan yang luas.
Glosari
Penggunaan Bahan Kimia Glosari
• Penggunaan baja kimia akan menyebabkan pencemaran Kemiskinan tanih: Keadaan tanah yang hilang
tanih yang boleh mengancam kesihatan manusia, haiwan kesuburan akibat kegiatan pertanian yang
berterusan tanpa kawalan.
ternakan dan hidupan akuatik.
• Racun serangga dan racun rumpai meninggalkan bahan
toksik seperti zink dan plumbum menyebabkan berlaku
pencemaran udara, air dan tanih.
• Tanih menjadi berasid dan berlaku kemiskinan tanih.
• Tanih menjadi kurang subur kerana kekurangan nutrien.
• Contohnya penggunaan baja kimia dan racun serangga
yang meluas di kawasan pertanian hawa sederhana
di Cameron Highlands.
Aktiviti Pembuangan dan Pemprosesan Penyemburan racun serangga
Sisa Pertanian
• Sisa pertanian seperti jerami padi dan hampas kelapa sawit yang dilupuskan secara tidak terancang
menyebabkan pencemaran udara dan air.
• Sisa pertanian yang reput akan menghasilkan gas metana yang menjadi gas rumah hijau.
• Contohnya pembakaran jerami padi di daerah Nghe An, Vietnam.
18 0
180

