Page 90 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 90
Tumbuh-tumbuhan Gurun Panas
Kawasan utama Gurun Panas meliputi Gurun Sahara, Gurun
Thar, Gurun Arab, Gurun Iran dan Gurun Besar Australia.
Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan ini mempunyai
ciri-ciri yang membolehkannya menyesuaikan diri dengan
keadaan iklim yang panas.
• Tumbuh-tumbuhan jenis xerofit, iaitu yang tahan cuaca panas.
• Mempunyai akar yang panjang supaya mudah menyerap air
di bawah tanah. Akasia bantut
• Mempunyai batang berongga dan berlendair untuk
menyimpan air dalam jangka masa yang panjang.
• Daun yang berkilat, keras, kecil, berbentuk jarum dan berduri
mengurangkan kadar kehilangan air melalui sejat peluhan.
• Bijih benih yang berkulit tebal, keras dan tahan kemarau.
• Contoh tumbuh-tumbuhan seperti kaktus, rumput esparto,
akasia bantut dan semak samun berduri.
Kaktus
Padang Rumput Sederhana Steppe
Kawasan utama hutan semula jadi ini terdapat di bahagian
tengah Asia (Utara China, Mongolia, barat daya Rusia,
pedalaman Turki, Syria, Iraq), Lembangan Murray-Darling
di Australia, kawasan Veld di Afrika Selatan, bahagian
tengah Amerika Utara (kawasan Prairie) serta Argentina
Feather grass dan Uruguay (kawasan Pampas) di Amerika Selatan.
• Terdapat dua jenis rumput, iaitu:
- Rumput pendek Steppe seperti festuca, feather grass,
species daisy, Festuca ovina dan tulipa.
- Rumput panjang Prairie seperti big bluestem grass,
needle grass, side-oats grama dan dropseed.
• Berubah warna mengikut musim, iaitu berwarna hijau
semasa musim bunga, kuning semasa musim panas
dan perang semasa musim luruh.
• Pokok tumbuh hanya di sepanjang sungai atau kawasan lembap.
• Contoh tumbuh-tumbuhan seperti willow, poplar dan elder.
Dropseed
82
82

