Page 91 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 91

BAB 5 : Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar


                                                                                         Hutan Konifer

                                                   Hutan Konifer tumbuh di kawasan yang beriklim sejuk
                                                   sederhana kebenuaan (Siberia). Antara kawasan Hutan
                                                   Konifer ialah di utara benua Asia,  Kanada Utara dan utara
                                                   Eropah. Hutan ini dikenali sebagai Taiga di Siberia dan Boreal
                                                   di Eropah.
                dirian tulen                       • Bersifat dirian tulen yang bermaksud terdapat satu atau dua
                            Fir
                                                     jenis pokok di sesuatu kawasan.
                                                   • Kanopi pokok berbentuk kon untuk mengelakkan salji
                                                     berkumpul di atasnya.
                                                   • Malar hijau iaitu pokok-pokok kekal berdaun sepanjang tahun.
                                                   • Daun berbentuk jarum dan bersalut lilin yang tahan
                                                     dengan cuaca sejuk melampau.
                                                   • Kebanyakan pokok mempunyai akar yang pendek.
                                                   • Mempunyai biji benih berkulit keras.
                                                   • Berkayu lembut, berkulit tebal dan boleh mencapai
                                                     ketinggian 40 meter.
                                                   • Pokok utama yang tumbuh di kawasan ini adalah
                                                     pokok jenis konifer seperti pine, fir, cedar, sprus, larch,
                dirian tulen                         birch dan juniper.
                            Birch



                  Padang Rumput Savana

                 Padang Rumput Savana terdapat di benua Afrika,
                 Amerika Selatan dan Australia Utara. Padang rumput
                 yang dikenali sebagai Llanos dan Kampos terdapat
                 di Amerika Selatan.
                 • Ekosistem Padang Rumput Savana meliputi kira-kira
                  20% daripada jumlah kawasan tanah.
                 • Jenis dan kepadatan pokok dipengaruhi oleh iklim         dirian tulen
                  yang berbeza-beza mengikut musim.                                 Semalu
                 • Tumbuh-tumbuhan di kawasan ini terdiri daripada
                  rumput yang tinggi, semak samun dan pokok renek.
                 • Tumbuh-tumbuhan mempunyai daun berbentuk
                  jarum, berakar panjang, berkulit tebal, batang
                  berongga dan menggugurkan daun pada
                   musim kemarau.
                 • Contoh tumbuh-tumbuhan di hutan ini ialah pokok
                  baobab, semalu, akasia, palma, rumput, pine, abal,
                  beech dan guarri.                                         dirian tulen
                                                                                    Baobab
                       Glosari
                       Glosari
                  Llanos: Kawasan padang rumput tropika di Columbia dan Venezuela.
                  Kampos: Padang rumput dengan pokok renek di Uruguay, Brazil, Paraguay dan Argentina.
                                                                                                          83
                                                                                                          83
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96