Page 92 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 92

AR
                                                              AR        IMBAS
                                                                        IMBAS
              Hutan Daun Luruh Sederhana                                 FOTO

               Hutan Daun Luruh Sederhana tumbuh di kawasan
               yang beriklim hawa sederhana. Kawasan ini
               mengalami empat musim, iaitu musim bunga,
               musim panas, musim luruh dan musim sejuk.
               Antara negara yang mempunyai kawasan hutan
               ini ialah Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah
               Barat (Scotland, Ireland, Jerman), Kanada,
               Australia, New Zealand, Jepun dan timur China.

               • Kebanyakan pokok berdaun lebar, hijau pada
                 musim panas dan gugur pada musim luruh.
               • Pokok tidak terlalu rapat, sederhana besar
                 dan tidak tinggi.                                             Musim bunga
               • Pada musim luruh, iaitu menjelang musim
                 sejuk, daun-daun pokok berubah menjadi
                 coklat dan merah.
               • Hal ini disebabkan oleh pancaran matahari
                 berkurangan, suhu rendah dan air yang sejuk.
               • Kemudiannya, daun-daun pokok gugur kerana
                 pokok sukar untuk mendapatkan air.
               • Antara tumbuh-tumbuhan yang terdapat
                 di kawasan ini ialah pokok sakura, basswood,
                 buluh, oak, birch, ash, elm, maple, berangan,
                 poplar dan bic.




                                                                               Musim panas





















                                Musim sejuk                                    Musim luruh


          84
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97