Page 69 - Pertandingan Buku Skrap BM
P. 69
SEJARAH KOTA A’ FAMOSA
Kesan-kesan daripada jajaran tembok kubu Portugis yang menjadi pertahanan penjajah Portugis
selepas penaklukan Melaka pada 1511 boleh didapati di beberapa tempat sekitar Bandar Hilir,
Melaka. Namun struktur kubu yang paling lengkap yang masih kekal ke hari ini ialah pintu gerbang
Kota A Famosa atau juga dikenali dengan Pintu Gerbang Santiago.
Pintu Gerbang Santiago ini tidaklah besar sangat namun sering menjadi kunjungan pelancong
terutamanya dari luar negara kerana ia merupakan struktur senibina Eropah yang paling tua yang
masih kekal di Asia. Pembinaan Kota A Famosa atau nama Melayunya, Kota yang Termasyur ini pada
masa itu banyak menggunakan buruh paksaan yang kebanyakannya tawanan perang.

