Page 65 - Pertandingan Buku Skrap BM
P. 65

Makanan Tradisional Kaum Cina : Kuih Bulan






                                                                                      Kuih Bulan adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktu perayaan
                                                                                  Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat Cina, Kuih Bulan berdasarkan sebuah

                                                                                  kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol yang agak
                                                                                  tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke

                                                                                     atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka.
                                                                                      Disebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk
                                                                                   memberontak. Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka
                                                                                membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai. Di tengah- tengah kuih tersebut

                                                                                 diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya
                                                                               dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Sehingga kini, peristiwa ini dirayakan pada
                                                                                 setiap tahun oleh masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan

                                                                                    Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan dibuat daripada adunan yang manis dan
                                                                                 memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di
                                                                                     tengahnya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai

                                                                                persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat
                                                                                     menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya
                                                                                                             terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70