Page 196 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 196

Menyesuaikan seni bina dengan budaya setempat


                     Terdapat juga seni bina dan elemen
                     estetika yang mengikut kesesuaian budaya
                     dan seni bina  tempatan. Contohnya,
                     masjid di China yang mengambil
                     inspirasi rumah tradisional, kuil dan
                     istana. Hal ini dapat dilihat pada Masjid
                     Huang Sheng Si di Guangzhou, Masjid
                     Niu Jie, Beijing dan Masjid Zhen-Jiao Si
                     di Hangzhou.                                Masjid Huang Sheng Si, Guangzhou, China.



                                                    Penggunaan kubah sebagai struktur utama bumbung
                                                    dapat  ditemui  di  masjid-masjid  pada  zaman  Turki
                                                    Uthmaniyah.  Contohnya,  Masjid  Sultan  Ahmet
                                                    (Masjid Biru) yang mempunyai ruang solat utama yang
                                                    ditutupi  kubah  setengah  lingkaran  dan  mempunyai
                                                    banyak menara di sisi masjid. Fungsinya untuk
                                                    keselamatan  dengan memperkukuh  sistem  struktur
                     Masjid Sultan Ahmet, Turki.    daripada rentangnya yang lebar.





                      Masjid di India juga mempunyai keunikannya
                      dengan binaan pintu gerbang yang besar
                      berfungsi  sebagai  pintu  masuk  utama.  Ciri
                      masjid di India juga dapat dikenali  dengan
                      mudah kerana menggunakan bumbung
                      berbentuk bawang dan lengkung yang
                      menirus.


                                                                      Masjid Moti, India.








                                                  Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang
                                             seni bina dapat dibuktikan melalui ciri-ciri seni bina
                                            yang unik dengan fungsinya yang pelbagai. Sehingga
                                                kini, seni bina menjadi simbol kegemilangan
                                                     Tamadun Islam untuk dihayati oleh
                                                            generasi seterusnya.



                                                                                                        185
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201