Page 197 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 197

Kesimpulan





                                                       Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
                                                       dikenal  sebagai  masyarakat  Jahiliah.  Mereka
                                                       mengamalkan  pelbagai  corak  hidup,  seperti
                                                       mengamalkan riba, tilik nasib dan perjudian.



                  Penyebaran Islam bermula dari  zaman  Nabi
                  Muhammad  SAW dan seterusnya berkembang
                  pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah,
                  Bani  Abbasiyah  dan  beberapa  kerajaan  Islam  lain
                  termasuklah  Turki Uthmaniyah.  Agama Islam
                  menekankan  keimanan  kepada  Allah  SWT dan
                  kehidupan berharmoni.



                                      Kepimpinan  Nabi  Muhammad  SAW dalam  penyebaran
                                      agama Islam, pembinaan negara, pemerintahan yang
                                      adil dan mewujudkan masyarakat yang harmoni patutlah
                                      dicontohi bagi membentuk masyarakat dan kehidupan
                                      yang sejahtera.




                    Tamadun Islam telah menyinari dunia
                    dalam pelbagai aspek sama ada politik,
                    ekonomi mahupun sosial.






                                                           Islam memberikan sumbangan yang
                                                           besar  dalam  bidang seni bina yang
                                                           menjadi warisan dunia sehingga hari ini.






                    Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam membentuk kehidupan
                    manusia yang lebih baik dan berkualiti.



                 186
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202