Page 198 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 198

Pemahaman dan Pemikiran Kritis







                    1.  Apakah kesan semangat assabiyah dalam kalangan masyarakat Arab sebelum Islam?
                        A.  Keruntuhan akhlak.
                        B.  Kemerosotan perdagangan.
                        C.  Kerap berlaku peperangan.
                        D.  Kemunculan pelbagai kepercayaan.


                    2.   Apakah kepentingan wahyu pertama yang diturunkan pada tahun 610 M?
                        A.  Penyebaran Islam secara terbuka.
                        B.  Pembukaan semula kota Makkah.
                        C.  Berakhirnya sistem kabilah.
                        D.  Bermulanya Tamadun Islam.

                    3.  Al-Biruni memberikan sumbangan yang besar dalam bidang
                        I.   geografi
                        II.  kartografi
                        III. algebra
                        IV. perubatan


                        A.  I dan II
                        B.  II dan III
                        C.  III dan IV
                        D.  I dan IV

                    4.  Jelaskan kegiatan ekonomi masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.


                    5.  Nyatakan pusat-pusat pemerintahan bagi kerajaan-kerajaan Islam di bawah:

                          Kerajaan Islam                      Pusat pemerintahan


                          Bani Umaiyah                i.
                                                      ii.
                          Bani Abbasiyah

                          Turki Uthmaniyah










                                                                                                        187
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203