Page 200 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 200

Arif dan Peka Sejarah



                    Nilai, Patriotisme dan Iktibar

                           Apabila mempelajari bab Tamadun Islam dan sumbangannya, kita dapat meneladani
                           bahawa berganding bahu membangunkan  negara sehingga mampu  membentuk
                           peradaban yang tinggi merupakan tanggungjawab semua warganegara.
                           Tamadun Islam mendorong sikap bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
                           Sumbangan  Tamadun Islam telah menjadikan  kita bersyukur, bersifat terbuka,
                           amanah dan berakhlak mulia dalam kalangan warganegara.





                               Diri dan Keluarga                                    Negara

                      Kita akan lebih mengenali corak hidup         Kita akan lebih bersifat terbuka setelah
                      masyarakat yang bertamadun. Hal ini           mengetahui dan memahami sumbangan
                      mendorong kita membentuk  keluarga            tamadun-tamadun di dunia. Hal ini
                      dan masyarakat yang lebih terarah dan         membantu kita menjadi warganegara
                      gemilang.                                     yang lebih menghargai, berbangga dan
                                                                    mencintai negara.



                    Menghasilkan anyaman
                      bermotif geometri,
                     tumbuh-tumbuhan dan
                      awan larat ini amat
                   bernilai dan memerlukan
                         kreativiti kita.













                                                                     Ya. Penghasilan anyaman
                                                                    begini menjadikan kita lebih
                                                                  menghargai seni dan berbangga
                                                                     menjadi rakyat Malaysia.





                                                                                                        189
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204