Page 20 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 20

1.  UCAPTAMA YANG DIPERTUA PIBG SESI 2018/2019
                (EN AHMAD FAROZI BIN ALIAS)

                 1.1   Tuan YDP mengucapan ribuan terima kasih kepada perasmi En Muhammad
                         Nizamuddin Bin Abdul Hamid dan ibu bapa kerana sudi hadir .
                 1.2    Tuan YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2018 yang

                        telah bersama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai
                        program sepanjang tahun 2018.
                 1.3     YDP memaklumkan AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang  dianjurkan  oleh

                        pihak  sekolah  bagi  memacu  kecemerlangan  murid.  YDP  mengharapkan  di  dalam
                        mesyuarat ini dapat memberikan sumbangan idea  untuk  memantapkan  lagi  aktiviti-aktiviti
                        PIBG  sekolah  dan  bersama-sama  mencari  penyelesaian  bagi  segala  masalah  dan

                        persoalan yang timbul.
                 1.4   YDP juga memaklumkan kepentingan PIBG bukan sahaja membantu dengan
                       mendapatkan sumbangan wang atau dana daripada ibu bapa penjaga,  malah  perkara
                       utama yang YDP harapkan ialah pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu

                       pihak sekolah dalam meningkatkan potensi murid-murid khususnya dalam bidang
                       akademik dan dunia pendidikan.
                 1.5   YDP memaklumkan sumbangan ibu bapa penjaga telah digunakan untuk

                       melaksanakan program-program yang telah dirancang ke arah kecemerlangan  murid-
                       murid dan direkodkan serta dibentangkan kepada ibu bapa di dalam Mesyuarat
                       Agung PIBG.
                 1.6   YDP juga menyeru agar ibu bapa sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah

                       terutama apabila ada program-program yang memerlukan kehadiran ibu bapa
                  dan  meluangkan sedikit masa untuk menunjukkan komitmen para ibu bapa  pada sekolah.
                 1.7   YDP memaklumkan pihak sekolah dan PIBG sedang berusaha dalam  mencari dana untuk

                       membina sebuah surau di kawasan sekolah untuk memudahkan pelaksanaan aktiviti
                       keagamaan proses pembelajaraan murid-murid islam  khususnya. Pihak PIBG amat mengalu
                       -alukan  ibu  bapa  turut  serta  dalam  mencari  dana  dan  sumbangan  bagi  merealisasikan

                       impian ini demi untuk kemudahan dan kelesaan anak-anak  SK Selayang Utama.
                 1.8    YDP memaklumkan kepentingan tanggungjawab ibu bapa dalam mengambil   berat
                       dengan tingkahlaku dan sikap anak-anak. Disiplin yang tinggi perlu diterapkan bagi

                       mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Ibu bapa juga
                       perlu prihatin dengan isu-isu semasa berkaitan dengan masalah ponteng, datang
                       lewat, merokok, buli, melawan guru, personaliti diri,   mencuri dan seumpamanya.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25